Pengikut Saya

Wednesday 5 October 2011

Perginya Seorang Idola. :(

Masih teringat aku dengan gelak tawa, luahan hati, kesusahan, kesenangan arwah orang tua yang aku anggap seperti ayah kandung aku sendiri. Sebak rasanya. Ramai mengatakan bahawa aku selalu ke kedai nya kerana aku adalah anaknya sebab muka aku dengan muka arwah orang tua itu tidak jauh berbeza. Arwah orang tua itu pun tidak menafikannya bahawa akulah anaknya. Teringat lagi arwah orang tua itu memanggil aku untuk menjaga kedainya. 
Apabila aku ada masalah yang besar , sederhana ataupun kecil, arwah orang tua itulah yang selalu aku mengadu,
Aku ingat lagi aku yang menjenguk arwah orang tua itu setiap subuh pagi, Arwah minta aku mainkan satu lagu. Lagu yang biasanya didendangkan oleh aku adalah May - Jemu, Medicine - Kerana Cinta, Medicine - Tika dan Saat ini.
Bila arwah orang tua itu bangun pagi, Aku belanja ROTI CANAI kesukaannya. kadangkala aku dibelanja olehnya. 
Dan pabila malam, Arwah orang tua itu selalu mengadu dengan aku yang dia tidak cukup tidur kerana kerenah kawan - kawanku itu. Pabila Arwah orang tua itu bosan, Aku yang biasanya mulakan cerita dan topik,
aku ingat lagi Kisah Arwah orang tua itu tentang asam garam kehidupan, Latar belakang Arwah, pendapat dan suara hati antara orang muda dengan orang tua yang sangat berbeza. Tambahan lagi, latar belakang musik adalah CETUSAN HATI DAN DEDIKASI hasil celoteh Jamal Jamaluddin dari radio SINAR FM, lagi membuat aku tidak jemu berbual dengannya.
Aku masih ingat tahun sudah, Aku tidak tahu tarikh lahirnya, bila aku balik kerja, aku singgah ke kedainya, Arwah orang tua itu bercerita sambil gelak ketawa, Arwah orang tua itu beritahu tarikh lahirnya, dan dia berpesan supaya jangan beritahu kawan-kawan yang lain. Lambat laun, tahu juga kawan-kawan aku itu, 
Entah bagaimana. Bila sudah tiba harijadinya, kawan-kawan ku itu membuat kejutan, menyambut harijadinya selama TIGA hari berturut-turut. Arwah orang tua itu sangat bersyukur dengan kejutan itu. 
Banyak kenangan aku dengan kedainya. Aku ingat lagi Arwah orang tua itu mengidam "Cekodok pisang" hasil buatan tangan mak aku apabila Emak ayah aku berniaga tidak jauh dari kedainya . waktu itu aku baru tingkatan tiga,tambahan lagi aku tidak berapa rapat sebab waktu itu aku tidak pandai bergaul dengan orang tua-tua. hari-hari aku yang menghantar cekodok itu. 
Dan kedai itu juga telah menjadi tempat aku berjumpa bekas teman wanita aku. 



Pada Hari ini, tengahari yang bertarikh 5 Oktober 2011, Hari yang sangat memeranjatkan aku bahawa Arwah orang tua tiada lagi di Dunia yang fana ini. apakan daya. Allah s.w.t yang lebih menyayanginya. Nasib baik Emak ayah aku hendak ke kedai untuk membeli sedikit barang. Pabila hendak balik ke rumah, ramai berada di kedai arwah dan 2 buah kereta polis. Aku berasa hairan dengan kelakuan orang ramai, rupa-rupanya Arwah telah meninggalkan kami semua. Innalillahiwainnalillahirojiun. 
Tiada lagi hilai ketawa orang tua itu, tiada lagi suara serak-serak basah,
Tiada lagi petikan gitar dan jeritan suara-suara anak-anak muda yang menemani setiap malam,
tiada lagi luahan hati aku sebagai orang muda yang inginkan nasihat penuh dan pendapat orang muda dan orang tua, Tiada lagi bunyi celoteh dari radio buruknya, Tiada lagi cerita menarik dan cerita yang buleh dijadikan pengajaran. Aku redha atas pemergian engkau. Mungkin apabila aku singgah ke kedai, aku dapat merasai engkau berada di sebelah aku.


Semoga engkau tenang disana. Insyaallah, Doa kawan-kawanku disini sentiasa menemanimu.
Dari Seorang insan yang menganggap engkau sebagai ayah.
Engkau lah Idola aku yang Pertama.
Arwah Memang Baik Orangnya.



Arwah orang tua yang aku maksudkan itu ialah Pakngah atau nama penuhnya Mansur bin Yunus, kembali ke rahmatullah pada pukul 11.30 pg 5/10/2011 akibat sakit tua.
Al-fatihah. 
Aminn.......