Pengikut Saya

Tuesday 1 November 2011

Perihal aku dan Gitar

Assalamualaikum kepada orang islam, kalau orang bukan islam, Puduyugam. HAHAHA. #merepekje. Hari ini aku nak kongsi cerita kepada korang tentang hubungan aku dengan gitar. Aku dengan gitar macam ni bro. #genggamtangantunjukdekatkamera. HAHAHA. Ramai yang tanya aku Bila kau mula belajar gitar? dan macam2 soalan yang tidak tercapai akalku. HAHA.

Mulanya, aku belajar daripada kawan karib aku Semasa aku di tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar, Kawan karib aku itu sama kelas dengan aku, pabila habis sekolah sahaja, aku selalu lepak dirumahnya sehingga petang baru aku pulang kerumah disebabkan buat kerja sekolah. Haha. Walhal aku buat kerja sekolah sekejap sahaja, selepas itu aku tengok Sinetron Bawang Merah Bawang Putih lakonan Revalina S.Temat , Dimaz Andrean dan Nia Ramadhani. Gila best sinetron itu. Memang tak Miss satu episod pun. HAHA. #laritajukblog. Pabila habis Sinetron itu, kawan karib aku yang bernama Hafiz Shah itu, mengajar aku cara memetik gitar. Pada Mulanya, aku malas nak bermain sebab aku risau tali gitarnya putus. #maklumlahpetikcaraganas. Macam2 lagu diajarnya tetapi aku ingat-ingat lupa saja. Sampai situ sahaja aku ingat. HOHO. Trimas Bro. Aku takkan Lupa apa yang engkau ajar aku.

Setelah Itu, aku belajar dari satu Program yang bernama Festival Malaysia Inovatif 2010. Seorang kawan aku yang mengajak aku dan rakan2 yang lain kerana program itu memerlukan lebih 1000 orang. Pada mulanya, aku tolak perlawaanku sebab aku ingat program perkhemahan atau program jati diri. #gilabencikenaPsycho. Rupa-rupanya program ini adalah bertujuan untuk mencipta Rekod Persembahan GitaSeramai 1000 Orang (Malaysia Guinness Book of Records' bersempena dengan Festival Malaysia Inovasi 2010. Pada Mulanya, Serius aku tak tahu langsung tentang Kord Gitar, cara petikan gitar, atau sama waktu dengannya. Setelah tiga hari membuat latihan, aku dapat belajar sedikit sahaja. Itupun aku main sebat je petik macam mana pun, Janji aku Enjoy. HAHA. 

Kawan2 aku yang menyertai program itu.

Ketika membuat latihan. #abaikan mamat tu.

Adik-adik yang mungkin menjadi hebat seperti Najwa Latiff, Yuna, Zee Avi dan lain2.

Tak Lupa juga Brader Zack yang mengajar aku dan kawan2 aku memetik gitar dengan betul.

Safwan, Went, Azrol, Erol #mukatidaknampak dan Maisara #peace.

Bila tamatnya program itu, aku rindu ketika aku berada dalam program itu. Walau bagaimanapun, seminggu selepas program itu, aku mula rasa nak belajar gitar sebagai perkara baru yang aku buat. Pada Mulanya, Semua jari jemari aku sakit, biasalah, orang baru dalam bidang ini, Selepas aku mengkaji, membuat latihan dan memahami sedikit demi sedikit, Akhirnya aku dapat menguasai perkara asas bermain gitar ini. Bersyukur aku kepada Allah SWT kerana diberi anugerah yang semulajadi ini.

info ; Kepada yang baru belajar memetik gitar, pada mulanya memang agak janggal, tetapi kalau perbanyakkan latihan, insyaallah dengan izin allah swt, anda mesti dapat mempelajari apa yang anda usahakan. :)